PADANG RASAH
Tempat / Lokasi : PADANG RASAH
Kapasiti : 100
PADANG RASAH
Peraturan / Syarat-Syarat Fasiliti
SYARAT & PERATURAN TEMPAHAN VENUE SUKAN
i. Tempahan akan TERBATAL jika:a. jika pemohon (bersurat / e-mel) GAGAL menjelaskan bayaran sewaan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh penggunaan.
b. jika pemohon (kaunter) GAGAL menjelaskan bayaran sewaan dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh penggunaan kemudahan / venue.
ii. Bayaran sewaan hendaklah dibuat secara TUNAI sekiranya dijelaskan dalam tempoh kurang daripada 7 hari bekerja sebelum tarikh penggunaan.
iii. Waktu persiapan untuk penggunaan venue PERLU dirujuk dan dimaklumkan kepada Pembantu Tadbir (Tempahan), Jab. Pembangunan Masyarakat & Pelancongan, MBS untuk kelulusan.
iv. Sampah-sarap dan sisa makanan hendaklah dibuang di tempat (tong sampah) yang disediakan (Tong Roro). Penyewa perlu menyediakan plastik hitam dan menggantikannya sekiranya telah menggunakan tong sampah yang telah disediakan oleh MBS.
v. Penyewa boleh dihalang daripada masuk dan menggunakan venue sekiranya penyewa GAGAL menunjukkan resit pengesahan penggunaan kepada petugas Majlis yang menguruskan venue.
vi. Tiada pemulangan bayaran sewaan kepada penyewa yang telah menjelaskan bayaran penuh sewaan fasiliti.
vii. Sebarang kerosakan yang berlaku terhadap venue dan peralatan yang dibekalkan berikutan daripada acara penyewa akan dikenakan penalti (denda) berdasarkan kepada nilai kerosakan yang berlaku.
viii. Majlis BOLEH MEMBATALKAN mana-mana juga sewaaan yang telah diluluskan (tanpa memberi apa-apa sebab) dengan memberi notis secara BERTULIS kepada penyewa dan Majlis tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa juga akibat yang timbul dari pembatalan tersebut.
ix. Majlis juga tidak boleh dipertanggungjawabkan atau tertanggung atas sebarang tempahan bertimpa atau kegagalan seseorang / pertubuhan / syarikat / kumpulan yang menggunakan venue terlebih dahulu untuk mengosongkan venue dalam jangka waktu yang ditetapkan untuk penyewa berikutnya.