Bantuan & Soalan-Soalan Lazim (FAQ)

Ruangan ini akan membantu anda untuk lebih memahami bagaimana sistem e-Tempahan ini berfungsi. Sila klik pada bahagian atau ruangan yang disediakan untuk maklumat lanjut.
Akaun Pengguna
Berikut adalah maklumat bagi pengurusan akaun anda.
Untuk mendaftarkan akaun anda, sila klik pada pautan "Daftar Akaun" pada menu utama di ruangan atas menu bar. Sila pastikan maklumat anda lengkap dan betul. Kemudian, semak e-mel anda setelah pendaftaran dilakukan untuk proses pengaktifan akaun anda.
Untuk mengemaskini maklumat profil anda, klik pada menu "Profil" di menu utama. Anda akan dipaparkan semua maklumat profil anda dan juga ruangan seperti setting akaun, sekuriti, notifikasi dan sebagainya.
Tidak boleh kerana pendaftaran adalah wajib.
Kategori pemohon yang boleh membuat tempahan adalah seperti berikut:

i.Individu (Warganegara)
ii.Agensi Kerajaan
iii.Agensi Swasta
iv.Pertubuhan / Kelab
Tidak boleh kerana pemohon perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri / sijil pendaftaran syarikat semasa permohonan untuk pengesahan pihak Majlis.
Ya, tuan boleh menghubungi pegawai bertanggungjawab bagi tujuan semakan.
Jenis fasiliti yang dibuka untuk tempahan orang awam adalah seperti berikut:

i. Dewan
ii. Stadium Tuanku Abdul Rahman
iii. Stadium Hoki
iv. Kompleks Sukan Negeri
v. Padang
vi. Gelanggang Futsal / Badminton
vii. Bilik Pameran / Mesyuarat
viii. Ruang Legar
Tidak perlu kerana dokumen berkaitan telah dimuatnaik di dalam Sistem eTempahan semasa permohonan dibuat.
Ya. Penyewa perlu hadir ke Majlis bagi menandatangani perjanjian di hadapan pihak Majlis.
Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

i. Salinan kad pengenalan
ii. Sijil pendaftaran syarikat
iii. Lain-lain dokumen berkaitan.
Pembayaran tempahan boleh dibuat melalui kaedah berikut:

i. Atas talian melalui portal eTempahan secara FPX, kredit kad dan eWallet.
ii. Tunai di kaunter.
14 hari dari tarikh kelulusan. Jika gagal, permohonan akan terbatal.
Tidak. Hanya tempahan dewan, bilik pameran dan ruang legar sahaja yang mempunyai perjanjian.
Tidak. Empat (4) tempahan fasiliti sahaja yang memerlukan wang cagaran seperti berikut:

i. Stadium Tuanku Abdul Rahman
ii. Dewan
iii. Bilik Pameran
v. Ruang Legar
Wang cagaran akan dikenakan 50% daripada jumlah tempahan.
Bagi tuntutan wang cagaran, penyewa perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

i.Resit rasmi pembayaran yang dikeluarkan dengan sah oleh Majlis
ii.Salinan kad pengenalan / sijil pendaftaran syarikat
iii.Salinan penyata akaun bank / salinan buku bank
iv.Surat pembatalan sewaan dewan (sekiranya ingin membuat pembatalan sewaan)
Wang cagaran boleh membuat tuntutan wang cagaran selepas penggunaan fasiliti.
Pihak Majlis akan mengembalikan wang cagaran sepenuhnya sekiranya penyewa mematuhi peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Untuk mendapatkan manual pengguna yang lengkap, anda boleh klik butang muat turun manual pengguna di bawah.